Info
INTRODUKSI
Assalalamualaikum & Salam Sejahtera
* Seperti kita sedia maklum, kereta terpakai import di Jepun ni menjadi kegemaran bagi pemilik dan peminat kereta di Malaysia.
* Kereta-kereta yang akan di import ini, akan menggunakan AP (permit import) pelajar-pelajar Malaysia di sini (Jepun). Sebagai makluman, di Jepun sememang ramai pelajar-pelajar Malaysia yang sedang dalam pengajian bermula dari Undergrade Student (Ijazah) sehingga lah ke Postgrade Student (PhD). Apabila sebut tentang AP pelajar, pastinya kita tahu cukai yang dikenakan kerajaan Malaysia adalah murah.
HARGA KERETA
* Sepertimana yang saya maklumkan sebentar tadi, harga kenderaan terpakai di Jepun ini sememang murah. Di tambah pula dengan keistimewaan menggunakan AP student, cukai yang dikenakan adalah sangat kecil mengikut jenis kenderaan , tahun, cc dan sebagainya.
CUKAI (TAX)
* Cukai adalah bergantung kepada jenis AP atau Permit Akses.
* Harus diingat, tanpa AP cukai akan dikenakan sebanyak 300%. Sebaik-baiknya dalam mengurangkan cukai yang dikenakan oleh kerajaan kita, lebih elok kiranya kita dapatkan kenderaan terpakai lebih dari 5 tahun, bermaksud sini, sekarang kita di tahun 2009, jadi sebaiknya kita perolehi kenderaan untuk tahun 2004 ke bawah. Pastikan cukai yang dikenakan adalah sangat rendah.
Access Permit (PERMIT AKSES)
* AP Pelajar Malaysia di Luar Negara – AP jenis ini adalah keistimewaan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia.
* Setiap pelajar yang menuntut diluar negara layak mendapat 1 AP sahaja bagi setiap orang. Cukai yang dikenakan adalah sekitar 100-110% daripada harga kenderaan tersebut bagi kenderaan melebihi 5 tahun.
* Apa yang kita akan lakukan di sini adalah kita menggunakan AP student. Sepertimana yang saya maklumkan di awal tadi, disini memang banyak student yang tidak menggunakan keistimewaan pemberian kerajaan kita ini.
* Ini adalah kerana mereka tidak mempunyai cukup wang utk membawa pulang kenderaan terutamaanya pelajar-pelajar undergrade (ijazah). Kesempatan inilah kita gunakan di mana kita akan membeli AP mereka.
* Walaubagaimanapun, harus di ingat bahawa penggunaan AP pelajar ini akan menyebabkan kenderaan ini akan atas nama pemilik student tersebut. Anda usah risau kerana segala urusan dokumentasi berkenaan hal penjualan kenderaan daripada pelajar kepada customer dan sebagai akan saya uruskan.
* Perkara ini tidak salah dari segi undang-undang bagi kedua-dua buah negara Malaysia atau Jepun, kerana kenderaan tersebut masih atas nama pelajar dan pelajar itu akan menandatangani satu perjanjian bahawa dia bersetuju menjual kenderaan ini kepada pelanggan customer kita macam proses penjualan seperti biasa.
* Dalam masa 2 tahun barulah, kereta ini layak di pindah milik kepada nama pelanggan baru. Sebenarnya dalam masa 1 tahun juga kita boleh lakukan proses ini dengan rayuan kepada Pengarah JPJ Negeri atas alasan pelajar ingin menjual kenderaannya kepada orang lain.
PENGHANTARAN (SHIPPING)
* Proses penghantaran kereta/motor ke Malaysia ada menggunakan khidmat kontena dan perjalanan melalui kapal laut ini mengambil masa kira-kira 1 bulan dari Jepun ke Malaysia (Port Kelang).
* Menarik bukan?? Beginilah proses penghantaran di jalankan. Dalam proses penghantaran ini, kenderaan akan sampai di Port Kelang kira-kira 1 bulan. Ini tidak termasuk proses lain seperti custom clearance dan sebagainya. Pendek kata, keseluruhan proses bermula dari proses beli, shipping, clearance, permohonan AP, JPJ & Puspakom, Geran baru Malaysia, Road tax & Insuran boleh memakan masa sehingga 2 bulan.
CLEARANCE
Clearance melibatkan beberapa pihak dalam urusan penghantaraan kenderaan terus ke customer. Antaranya ialah :-
i. JAF- ini kira macam JPJ Malaysia la. Ada beberapa urusan akan dilaksanakan di sini. Tetapi anda usah risau, semua ini menjadi tugas dan tanggungjawab saya di sini.
ii. Kastam Diraja Malaysia – clearance di Port Kelang dan kontena . Juga terlibat proses pembayaran cukai kenderaan di Putrajaya. Ini juga anda tidak perlu risau kerana agensi sudah dilantik bagi menguruskan segala prosesnya.
iii. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan industri Malaysia (MITI) – Proses permohonan AP dan rayuan untuk keluarkan AP pelajar. Beberapa dokumen pelajar seperi Salinan IC, Lesen memandu, visa pelajar, passport, surat tawaran dan berhenti belajar di Jepun dan boarding pass pelajar pulang ke Malaysia setelah tamat belajar dengan sekurang-kurangnya menetap di Jepun selama 360 hari. Ini juga anda tidak perlu risau kerana agensi sudah dilantik bagi menguruskan segala prosesnya.
iv. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) - . Proses ini melibatkan pemeriksaan Puspakom dan pendatftaran kenderaan serta pengeluaran geran baru di Malaysia. Ini juga anda tidak perlu risau kerana agensi sudah dilantik bagi menguruskan segala prosesnya. Pemilihan no plat, rayuan pengurangan cukai dan petukaran nama pemilik selepas setahun turut boleh dilakukan oleh agensi walaubagaimana ianya perlu ada tambahan bayaran. Biasa lerr…mana ada free skrg ni bang!! Semuanya bayorr…
v. Agensi – mereka turut boleh uruskan kenderaan sehingga ke rumah customer.
(Dipetik dari dan diedit dari sumber http://www.gufx.info)
Di bawah ini adalah contoh-contoh di antara informasi yang di 'copy & paste' dari internet.
[Cukai masih kena bayar, sama je dengan cukai AP biasa. Cuma student boleh dapat diskaun rayuan. Cara nak kira dia, pergi cari harga docket kereta, ada senarai kat website kastam kot... Polisi Automotif Baru 2006.
Tolak harga susut nilai...senarai kat website kastam. Pas tu kali dengan peratusan cukai ikut cc kereta, ada kat website kastam rasanya lagi. Pas tu tolaklah sikit diskaun rayuan, antara 20-35%.
MENGIMPORT KENDERAAN PERSENDIRIAN Disertakan oleh KDRM :
Rakyat Malaysia yang bekerja atau belajar di luar negara boleh mengimport kenderaan bagi maksud kegunaan persendirian dengan syarat mendapat kelulusan atau permit (AP) daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Bagi mendapatkan kelulusan tersebut pemohon hendaklah memperoleh dan mengisi Borang Kastam JK69.
Borang tersebut terdiri daripada tiga salinan berkarbon dan oleh itu tidak boleh dimuat turun dari laman web.
Borang berkenaan boleh dibeli daripada
Kedai Percetakan Nasional (M) Sdn Bhd,
Jalan Chan Sow Lin,
Kuala Lumpur (Tel : 03-92212022 / Fax : 03-92220690).
Kriteria yang diperlukan bagi mendapatkan pertimbangan lesen import (AP) untuk membawa masuk kenderaan persendirian untuk rakyat Malaysia yang bekerja atau belajar di luar negara adalah seperti berikut :
1. Pemohon berada di luar negara secara sah bagi tempoh tidak kurang 1 tahun;
2. Kereta mesti didaftarkan atas nama pemohon sekurang-kurangnya 9 bulan di luar negara;
3. Perlindungan insuran atas nama pemohon sekurang-kurangnnya 9 bulan di luar negara;
4. Mempunyai lesen memandu yang sah (lesen percubaan tidak digunapakai);
5. Kembali ke Malaysia secara tetap setelah tamat tempoh belajar/bekerja di luar negara. Orang perseorangan yang tidak memenuhi syarat-syarat di perenggan 2, dinasihatkan supaya tidak membawa balik kenderaan tersebut.
Sekiranya peraturan ini tidak dipatuhi, MITI tidak bertanggungjawab untuk meluluskan lesen import berkemungkinan kenderaan yang diimport tanpa AP akan diambil tindakan undang-undang oleh pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Peraturan ini merangkumi :
1. Pegawai Kerajaan yang sedang melanjutkan pelajaran di luar negara;
2. Penuntut Malaysia di luar negara;
3. Warganegara Malaysia yang bekerja atau bermastautin di luar negara;
4. Suami, isteri dan anak kepada pegawai dan kakitangan Home based yang berkhidmat di pejabat-pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara.
Pemohon perlu memohon dengan mengisi Borang J.K. 69 yang boleh dibeli dari Percetakan Nasional Malaysia Bhd., Kuala Lumpur atau cawangannya.
Borang yang siap diisi dengan dokumen-dokumen sokongan hendaklah dihantar kepada:
i. Trade Services Division Ministry of International Trade and Industry 2nd Floor,
Block 10 Government Offices Complex 50622
Jalan Duta, Kuala Lumpur
Tel : 603-62034819 Fax: 603-62013012
ii. MITI Cawangan Sabah Tingkat 3,
blok D&E Bangunan KWSP 49,Jalan Karamunsing 88622
Kota Kinabalu, Sabah
Tel: 088-239061
Fax : 088-235645 iii.
MITI Cawangan Sarawak Kastam Diraja Malaysia :
Royal Malaysian Customs http://www.customs.gov.my
Dijanakan : 12 November, 2007, 00:35
Tingkat 3, Bangunan Bank Negara 93400
Kuching Sarawak
Tel : 082-257164 Fax : 082-417835
Maklumat lanjut boleh diperoleh dari Laman Web : www.miti.gov.my Setelah mendapat permit, bolehlah mengimport kenderaan tersebut dengan membuat pengikraran kepada pihak Kastam Diraja Malaysia di stesen/ pejabat Kastam di tempat kenderaan itu diimport dengan menggunakan Borang Kastam No.1 yang boleh diperolehi atau dibeli di Kedai Percetakan Nasional (M) Sdn Bhd,
Jalan Chan Sow Lin,
Kuala Lumpur (Tel : 03-92212022 / Fax : 03-92220690)
atau pejabat agen-agen penghantaran (beberapa Pejabat Kastam ada juga menjual borang tersebut tetapi sebaik-baiknya hubungi pejabat Kastam terdekat untuk mendapatkan kepastian) dengan menyertakan dokumen-dokumen sokongan utama seperti permit (AP) dan kad pendaftaran asal kenderaan.
Cara pengisian borang pengikraran boleh didapatkan dari laman web ini di tajuk ”Borang Kastam” subtajuk ”Panduan Pengikraran Berkualiti”. Bagi maksud penilaian atas kenderaan yang diimport adalah seperti berikut (atau boleh didapatkan dari laman web ini di tajuk ”Perihal Perkastaman” sub-tajuk ”Perkastaman - Contoh Pengiraan Import Kenderaan ”.
Langkah 1:
Nilai kastam kereta Rujuk nilai kastam kereta tersebut di senarai harga CIF Jabatan Kastam di halaman berikut: http://media.paultan.org/pricelist.pdf Contoh: 2003 Fiat Panda 1242cc RM31,647
Langkah 2: Harga FOB (free on board) Harga FOB = Harga CIF - 15% (keuntungan peralih) x % susut nilai mengikut umur % susutnilai menurut jadual berikut:
1 st year.. 90%
2nd year.. 81%
3rd year .. 72.9%
4th year .. 65.61%
5th year .. 59.049%
6th year .. 30%
7th year .. 27%
8th year .. 24.3%
9th year .. 21.87%
10th year .. 19.683%
Contoh: 2003 Fiat Panda = RM31,647 - 15% x 0.3 (iaitu 30%) = RM8069.99
Langkah 3: Harga CIF Dapatkan harga CIF (cost, insurance, freight) kereta tersebut Harga CIF= Harga FOB + Insurans + Tambang kapal Insurans= 1.5% dari FOB Tambang (tetap menurut kadar kastam, BUKAN yang anda bayar ke agen):
Japan/Korea: RM 1200
Europe/UK: RM 1700
S. Africa: RM 1400
NZ/Australia: RM 1200
Contoh: 2003 Fiat Panda Harga CIF = RM8069.99 + (1.5% x RM8069.99) + RM1700 = RM9891.04
Ini semua berdasarkan budi bicara pegawai kastam. Seharusnya buat rayuan bersungguh-sungguh untuk mendapat diskaun individu sehingga 30% dari jumlah cukai.
Utk lebih jelas sila ke:
http://www.floristhut.com/taxkastam.htm
harga semasa sekarang dalam lingkungan RM20,000.Harga ini masih berbaloi kepada sesiapa yang mencarinya kerana, sekiranya kita mengguna AP terbuka yang ditawarkan oleh syarikat kereta di malaysia jauh lebih tinggi, lebih kurang RM50000,dan ini merupakan separuh berbanding AP pelajar yang kami tawarkan.
Harga kereta | RM 25901.76 |
Kos AP pelajar | RM 20000 |
kos penghantaran | RM 6000 |
Cukai Kastam | RM 26208.43 |
Total kos | RM 78110.19 |
Harga kereta | RM 53,327.15 |
Kos AP pelajar | RM 20,000 |
kos penghantaran | RM 6,000 |
Cukai Kastam | RM 45,585.94 |
Total kos | RM 124,913.09 |
Original post by: